Friday, April 3, 2009

Bengkel Bahas!

Sabtu selepas Pertandingan Bahasa dan Budaya Melayu, kami harus hadir di sebuah bengkel bahas yang diadakan oleh bekas pelajar TJC, Kak Guy, Shahidah dan Lydia. Di situ kami belajar tentang bahas. Di situ saya sedar bahawa bahas bukan hanya dua pihak mengucapkan apa yang mereka sudah sediakan tetapi ia mempunyai banyak aspek di mana seorang pembahas boleh memberi celahan dan pihak lawannya diberi peluang untuk menjawab celahan itu. Ini memerlukan seorang bahas sentiasa bersedia.

Kami juga belajar tentang gaya seorang pembahas. Di antara apa yang diberitahu Kak Guy tentang gaya, salah satunya adalah untuk selesa dengan diri kami sendiri. Tidak semestinya seorang pembahas yang agresif dapat menarik hati para pengadil. Ini adalah sebuah tanggapan salah yang ramai orang mempunyai.

Dia juga mengajar kami tentang struktur sebuah ucapan bahas. Kami harus memberi definisi tema itu. Kami perlu setuju atau membangkang tema yang diberikan. Selepas itu kami harus jelaskan dan kalau boleh memberi bukti.

Di akhir bengkelnya Kak Guy mengadakan sebuah bahas untuk semua orang cuba. Kumpulan saya harus membangkang tema 'Blog adalah ruang peribadi'. Di dalam bahas ini saya dapat cuba mencelah dan jawab celahan orang lain.

Secara keseluruhan, saya telah mempelajari banyak tentang aspek-aspek bahas yang menarik!

No comments:

Post a Comment