Friday, April 3, 2009

Pertandingan Bahasa & Budaya Melayu

Pada Jumaat lepas, saya dan rakan-rakan saya dari kelas Melayu TA1,TA2 dan juga Kelab Budaya Melayu telah menolong dengan Pertandingan Bahasa dan Budaya Melayu. Saya ditugas menjadi jurugambar. Sepanjang hari itu saya mengambil gambar dengan kamera Cikgu dan juga kamera saya.

Tetapi sebelum hari pertandingan itu, saya juga disuruh memanjangkan video TA yang sebelum ini, dibuat oleh kakak saya, Nadhirah. Saya telah mengambil gambar-gambar yang diperlu untuk video tersebut oleh Cikgu pada hari Jumaat, sebelum sekolah tutup untuk cuti. Dan pada hari Khamis semasa cuti saya kembali ke sekolah untuk mulah proses memangjangkan video itu. Saya berpendapat bahawa in adalah suatu tugas yang susah kerana ada banyak komponen untuk membuat satu video.

Tetapi, yang paling susah adalah untuk memanjangkan muzik yang sudah terdapat di video tersebut. Saya tidak mempunyai dokumen muzik tersebut, dan ini memaksa saya untuk mengambil muzik itu dari video itu dan menampalnya di akhir video itu. Ini susah kerana saya harus tahu bila untuk mula mengambil muzik itu. Proses ini mengajarkan saya bagaimana lihat sebuah kerja sebagai seorang dewasa kerana Cikgu sentiasa menyuruh saya mengubah perincian yang saya rasa tidak penting. Tetapi pada harinya sendiri saya melihat videonya dan sedar bahawa walupun benda sekecil itu dipercayai tidak penting, semua orang akan melihat silap saya.

Pada hari itu, sebagai jurukamera saya harus mengambil gambar sepanjang acara itu. Sebelum melakukanya saya menganggap tugas ini sebagai senang dan tidak memerlukan kerja keras, tetapi, akihrnya di antara rakan-rakan saya, saya yang harus berlari banyak kerana saya cuba mengambil gambar setiap kumpulan di setiap stesen!

Sebagai keseluruhan, acara in bergerak dengan lancar walaupun suatu kumpulan datang lambat. Ini kerana semua orang bergotong royong. Sistem kertas merah dan putih juga menolong proses ini. Akhirnya, saya menganggap acara in sebagai sebuah kejayaan!

No comments:

Post a Comment