Sunday, July 12, 2009

Memulihkan Maruah Kaum Uighur

Makna Perkataan:

rusuhan:
terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman

memperkosa:
melakukan persetubuhan dgn kekerasan, merogol (perempuan)

liputan: sesuatu yang
berselubung, bertutup, dipenuhi oleh

watan: t
anah air, tanah tumpah darah

lapuk:
terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang

berasas: mempunyai
sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar

Peka:
tidak lengah

Pendam:
tersembunyi atau tersimpan sahaja lama-lama tidak diketahui (digunakan dll)

Membara: berapi atau panas spt bara;

Ringkasan:

Ratusan orang terbunuh dan parah akibat rusuhan di antara kaum Han dan Kaum Uighur di Xinjiang. Rushuan ini tercetus apabila dua pekerja Uighur telah dianiayai lerana didakwa memperkosa wanita Han tetapi dakwaan itu tidak berasas. Memang terang kelihatan usaha pemerintah China untuk terus menambah penduduk Han menerusi pelbagai program dan hal ini telah lama menyakiti hati kaum Uighur yang berasa bahawa mereka sudah kehilangan segalanya. Semangat kemerdekaan Uighur kian tersembunyi namun kebencian terhadap diskriminasi Han masih membara. Saya rasa bahawa apa yang dialami dua kaum ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Ini telah membuat saya ambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di negeri-negeri luar Singapura. Diskriminasi yang dialami orang Uighur tidak adil kerana tiada orang yang meberi hak kepada Kaum Han untuk mendiskriminasikan kaum Uighur hanya kerana mereka lain. Dan ini membuat saya faham mengapan dakwaan Han tidak berasas, walaupun kelakuan in salah, saya dapat faham bahawa mereka mahu balas dendam.

Tetapi saya tidak begitu pasti dengan pemahaman artikel ini.


Ahli Sains Britain Dakwa Hasilkan Sperma Manusia Daripada Sel Tunjang

Makna Perkataan:

dakwa: aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemukakan di mahkamah

Tunjang:
akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok);

sel tunjang: stem cell

undang-undang:
yg mengatur perhubungan antara negara

Ringkasan:

Pada kali pertama dalam sejarah perubatan, sekumpulan ahli sains Britain mendakwa mereka berjaya menghasilkan sperma manusia dengan menggunakan sel tunjang. Ini akan menolong mereka lebih memahami masalah mengenai masalah kesuburan. Sperma yang dihasilkan dari sel sel tunjang tidak akan digunakan dalam rawatan penyuburan kerana dilarang oleh undang-undang Britain dan ia bukan minat utama ahli-ahli sains itu. Tetapi dengan pemahaman ini mereka boleh cuba membangunkan cara-cara baru untuk menolong pasngan-pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, supaya mereka boleh mempunyai anak mereka sendiri. Dengan apa yang saya sudah tahu tentang perkembangan sains dalam bahagian sel tunjang, saya faham bahawa ada ramai orang yang tidak setuju dengan penggunaan sel tunjang. Ini kerana pengunaan sel tunjang menyoal etika dan moral mereka. Tetapi saya rasa bahawa dalam situasi ini, di mana sel tunjang digunakan untuk menolong pasangan-pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, penggunaan sel tunjang sepatutnya dibenarkan.

Dua Projek Perintis Pertingkat Keselamatan Jalan Ray Diperluas

Makna Perkataan:

Perintis:
orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka jalan, pemuka, penganjur

Menyusuli:
menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi (kata dasar: susul)

Tinjauan:
perbuatan *meninjau atau hasil drpd *meninjau, pandangan (kata dasar: tinjau)

Meninjau: memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh

Mendorong: mempengaruhi, menyebabkan

Apa yang saya faham dari artikel ini adalah bahawa ada dua projek perinitis yang diadakan oleh Pengangkutan Darat (LTA) yang akan diperluas. Salah satu projek perinitis ini adalah projek 'Tanda Kelajuan Anda' (YSS) yang dilaksanakan supaya pemandu akan lebih prihatin dengan kelajuan kenderaan mereka dan akan menyesuaikan kelajuan mereka. Selain itu, LTA mempunyai Tanda-Tanda Memprlahankan (TrCM) Trafik yang berwarna putih and bersegi tiga dan ini sepatutnya mempunyai kesan memperlahankan kenderaan. Pemandu telah merberikan maklum balas bahawa YSS berhasil dalam membantu mereka mengurangkan kelajuan mereka di ketiga-tiga lokasi itu. LTA akan memperluaskan TrCM di enam lokasi. Saya berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh LTA telah menimbulkan hasil positif untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya di Singapura dan untuk kebaikan warga negara Singapura langkah-langkah in sepatutnya diteruskan dan diperluaskan supaya kemalangan di Singapura akan lebih kurang.