Sunday, July 12, 2009

Ahli Sains Britain Dakwa Hasilkan Sperma Manusia Daripada Sel Tunjang

Makna Perkataan:

dakwa: aduan (tuntutan, tuduhan) yg dikemukakan di mahkamah

Tunjang:
akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok);

sel tunjang: stem cell

undang-undang:
yg mengatur perhubungan antara negara

Ringkasan:

Pada kali pertama dalam sejarah perubatan, sekumpulan ahli sains Britain mendakwa mereka berjaya menghasilkan sperma manusia dengan menggunakan sel tunjang. Ini akan menolong mereka lebih memahami masalah mengenai masalah kesuburan. Sperma yang dihasilkan dari sel sel tunjang tidak akan digunakan dalam rawatan penyuburan kerana dilarang oleh undang-undang Britain dan ia bukan minat utama ahli-ahli sains itu. Tetapi dengan pemahaman ini mereka boleh cuba membangunkan cara-cara baru untuk menolong pasngan-pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, supaya mereka boleh mempunyai anak mereka sendiri. Dengan apa yang saya sudah tahu tentang perkembangan sains dalam bahagian sel tunjang, saya faham bahawa ada ramai orang yang tidak setuju dengan penggunaan sel tunjang. Ini kerana pengunaan sel tunjang menyoal etika dan moral mereka. Tetapi saya rasa bahawa dalam situasi ini, di mana sel tunjang digunakan untuk menolong pasangan-pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, penggunaan sel tunjang sepatutnya dibenarkan.

No comments:

Post a Comment